Isnin, 7 November 2011

Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari

Sains Tahun 6 : Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari

DEFINISI GERHANA

Bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi beredar mengelilingi matahari. Pada satu masa tertentu Bumi, bulan dan matahari tersususn dalam satu garis lurus.
Apabila cahaya matahari dihalang oleh bumi atau bulan bayang-bayang akan terbentuk. Dengan itu terjadilah gerhana.
Gerhana berlaku disebabkan disebabkan sifat-sifat cahaya yang berikut :
i) cahaya bergerak dalam satu garis lurus
ii)cahaya tidak dapat menembusi objek legap

Terdapat dua jenis gerhana iaitu :
i) Gerhana bulan
ii)Gerhana matahari

Jenis gerhana yang berlaku bergantung pada kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari

GERHANA BULAN

Gerhana bulan berlaku apabila :
a) Bumi berada di antara matahari dan bulan
b) Bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garis lurus. 



-Kedudukan bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bulan.
-Bayang-bayang bumi terbentuk di permukaan bulan dan menyebabkan berlakunya Gerhana Bulan.
-Gerhana bulan biasanya mengambil masa lebih daripada satu jam.
-Fenomena ini boleh diperhatikan dengan mata kasar pada waktu malam.
-Gerhana bulan hanya boleh berlaku semasa fasa bulan purnama iaitu pada hari ke-15.. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika.
-Semasa gerhana bulan penuh, bulan purnama yang kelihatan dilangit akan beransur-ansur hilang. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika. Kemudian, langit malam beransur-ansur menjadi cerah semula.
-Urutan keadaan bulan dilangit semasa gerhana bulan penuh.




-Terdapat dua jenis gerhana bulan
 a) Gerhana bulan penuh
    Berlaku apabila seluruh bulan berada dalam
    bayang- bayang.
 b) Gerhana bulan separa
    Muncul apabila sebahagian daripada bulan berada
    dalam bayang-bayang. Sebahagian daripada bulan
    menjadi gelap gelita.

GERHANA MATAHARI


-Gerhana matahari berlaku apabila :
 a) Bulan berada di anatara Matahari dan Bumi
 b) Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu garis
    lurus.

-Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi.
-Bayang-bayang bulan terbentuk dipermukaan bumi.
-Semasa gerhana Matahari, kita dapat melihat sebahagian daripada Matahari ditutupi oleh bulan.
-Keadaan Matahari semasa gerhana matahari ditunjukkan dalam Rajah...


Terdapat dua jenis gerhana matahari iaitu

i) Gerhana matahari penuh
ii)Gerhana separa

-Gerhana matahari hanya boleh diperhatikan pada waktu sianag
-Semasa gerhana matahari penuh, waktu siang berubah menjadi gelap seketika. Dari bumi, kita dapat melihat lingkaran cahaya diseliling bulan.Ini adalah sebahagian daripada matahari yang tidak ditutupi oleh bulan.
-Kita tidak boleh melihat matahari semasa gerhana matahari secara terus kerana sinaran matahari yang terik boleh merosakkan mata kita.

43 ulasan:

  1. Keterangan yang diberikan sangat terperinci dan mudah difahami

    BalasPadam
  2. Perikat perikat gerhana bulan belaku???

    BalasPadam
  3. Apakah sifat cahaya yang menyebabkan belakunya fenomena gerhana harap boleh tolong....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia, saya pun mahu tau. Tolong lah siapa - siapa

      Padam
    2. Cahaya bergerak dalam satu garis lurus dan cahaya tidak dapat menembusi objek legap

      Padam
  4. Ada orang boleh beritahu saya ke?
    Susunan gerhana bulan manakah yang betul?
    Ini lah soalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ni kat depan sekali matahari lepastu pula bumi lah yang berada di tengah bulan pula last sekali. Sory lah tak boleh tunjuk gambar rajah.

      Padam
    2. Nyaaaaaaaaa






















      R
      R
      R
      R
      R
      R
      Rr
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R
      R

      R
      Rr

      R
      R

      Padam
  5. Sik tauk apa jawapan?

    BalasPadam
  6. Adakah gerhana bulan akan berlaku jika bulan tidak beredar mengelilingi bumi?

    BalasPadam
  7. Mengapa gerhana bulan berlaku pada fasa bulan purnama

    BalasPadam
  8. Nak tanya kenapa gerhana matahari ada banyak bentukya? Tolong ya sya baru darjah 6.

    BalasPadam
  9. Saya nak tentang fenomena cahaya .

    BalasPadam
  10. Apakah sifat cahaya terhadap bumi?? Yg baca, terus balas yaaaa.... Saya bingung, harap boleh bantu

    BalasPadam
  11. 𝙰𝚙𝚊𝚔𝚊𝚑 𝚜𝚒𝚏𝚊𝚝 𝚌𝚊𝚑𝚊𝚢𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚋𝚊𝚋𝚔𝚊𝚗 𝚏𝚎𝚗𝚘𝚖𝚎𝚗𝚊 𝚐𝚎𝚛𝚑𝚊𝚗𝚜 𝚋𝚎𝚛𝚕𝚊𝚔𝚞?

    BalasPadam
  12. nyatakan sifat cahaya yang berlakunya gerhana bulan

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. fasa bulan purnama atau fasa anak bulan, gerhana matahari berlaku?

    BalasPadam