Sains Tahun 6 : Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari
DEFINISI GERHANA
Bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi beredar mengelilingi matahari. Pada satu masa tertentu Bumi, bulan dan matahari tersususn dalam satu garis lurus.
Apabila cahaya matahari dihalang oleh bumi atau bulan bayang-bayang akan terbentuk. Dengan itu terjadilah gerhana.
Gerhana berlaku disebabkan disebabkan sifat-sifat cahaya yang berikut :
i) cahaya bergerak dalam satu garis lurus
ii)cahaya tidak dapat menembusi objek legap
Terdapat dua jenis gerhana iaitu :
i) Gerhana bulan
ii)Gerhana matahari
Jenis gerhana yang berlaku bergantung pada kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari
GERHANA BULAN
Gerhana bulan berlaku apabila :
a) Bumi berada di antara matahari dan bulan
b) Bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garis lurus.
-Kedudukan bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bulan.
-Bayang-bayang bumi terbentuk di permukaan bulan dan menyebabkan berlakunya Gerhana Bulan.
-Gerhana bulan biasanya mengambil masa lebih daripada satu jam.
-Fenomena ini boleh diperhatikan dengan mata kasar pada waktu malam.
-Gerhana bulan hanya boleh berlaku semasa fasa bulan purnama iaitu pada hari ke-15.. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika.
-Semasa gerhana bulan penuh, bulan purnama yang kelihatan dilangit akan beransur-ansur hilang. Keadaan malam menjadi gelap gelita buat seketika. Kemudian, langit malam beransur-ansur menjadi cerah semula.
-Urutan keadaan bulan dilangit semasa gerhana bulan penuh.
-Terdapat dua jenis gerhana bulan
a) Gerhana bulan penuh
Berlaku apabila seluruh bulan berada dalam
bayang- bayang.
b) Gerhana bulan separa
Muncul apabila sebahagian daripada bulan berada
dalam bayang-bayang. Sebahagian daripada bulan
menjadi gelap gelita.
GERHANA MATAHARI
-Gerhana matahari berlaku apabila :
a) Bulan berada di anatara Matahari dan Bumi
b) Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu garis
lurus.
-Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi.
-Bayang-bayang bulan terbentuk dipermukaan bumi.
-Semasa gerhana Matahari, kita dapat melihat sebahagian daripada Matahari ditutupi oleh bulan.
-Keadaan Matahari semasa gerhana matahari ditunjukkan dalam Rajah...
Terdapat dua jenis gerhana matahari iaitu
i) Gerhana matahari penuh
ii)Gerhana separa
-Gerhana matahari hanya boleh diperhatikan pada waktu sianag
-Semasa gerhana matahari penuh, waktu siang berubah menjadi gelap seketika. Dari bumi, kita dapat melihat lingkaran cahaya diseliling bulan.Ini adalah sebahagian daripada matahari yang tidak ditutupi oleh bulan.
-Kita tidak boleh melihat matahari semasa gerhana matahari secara terus kerana sinaran matahari yang terik boleh merosakkan mata kita.